Yang
Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti KEADILAN Rakyat, YB Chua
Tian Chang, atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, Profesor Madya Dr. Zulkanain
Abdul Rahman, Ketua UMCEDEL, tuan-tuan dan puan- puan, para hadirin sekalian, selamat
sejahtera.
Saya
Ma, dari Mentor Publishing, penerbit buku baru YB Tian Chua berjudul Lakaran Jiwa Merdeka: Catatan dari Penjara
Kajang. Terlebih dahulunya, saya ingin berterima kasih kepada parti
KEADILAN Rakyat dan UMCEDEL, kerana sudi menganjurkan majlis pelancaran buku
ini. Sebelum ini, rakan-rakan sekarja kami berangan-angan untuk melancar buku
ini di dalam Penjara Kajang. Ini kali pertama saya memberi ucapan dalam bahasa Melayu.
Saya mohon maaf terlebih dahulu jika ada perkataan-perkataan yang kurang tepat
atau bercampur dengan Bahasa Inggeris dalam ucapan seterusnya
Kandungan
buku baru YB Tian Chua berkenaan dengan situasi beliau semasa dikurung di
Panjara Kajang selama 30 hari pada tahun 2017. Sebagai orang awam yang mengikut
undang-undang, dan tidak pernah masuk penjara, keadaan dan suasana dalam
penjara yang saya bayangkan adalah seperti yang disembahkan pada tayangan wayang
atau televisyen. Terutamanya beberapa filem Hong Kong atau Hollywood yang terkenal
seperti Prison on Fire, filem Hong
Kong yang saya menonton pada umur 7-8 tahun; The Shawshank Redemption, The
Green Mile, filem-filem Hollywood yang diadaptasi dari novella dan novel Stephen
King, dan lain-lainnya, suasana dalam penjara serupa dengan Neraka – penuh dengan
kes-kes kekerasan, banduan selalu dipukul oleh pegawai penjara, ataupun bergaduh
sesama lain – Tetapi, semua keadaan yang saya bayangkan tidak wujud di dalam catatan
YB Tian Chua. Sebaliknya, penjara yang digambarkan oleh beliau, sangat harmoni.
Beliau dapat berbual-bual atau berkomunikasi dengan pegawai-pegawai bertugas
dan ‘jiran-jiran’ sel. Melalui perbualan mereka yang dicatat dalam format dairi,
pembaca dapat memahami fikiran dan kehidupan pekerja-pekerja atau
penduduk-penduduk dalam penjara, kesukaran mereka menghadapi, dan selain-lainnya.
YB
Tian Chua terdapat masa membaca yang susah mendapat semasa di luar penjara. Saya
amat bercuriga mengenainya. Mengikuti gambaran beliau, suasana penjara nampaknya
seakan Homestay atau low-cost hotel untuk bercuti. Nampaknya penjara memang
tempat yang sesuai untuk bercuti. Jika kami menghadapai tekanan dalam kerja
atau kehidupan, jom mari masuk penjara untuk bercuti. Haha…
Lakaran Jiwa Merdeka ialah
buku yang senang dibaca. Walaupun senang dibaca, pembaca masih dapat memikir berpasal
beberapa soalan falsafah melalui buku ini, seperti makna ‘kebebasan’. Adakah seseorang
mempunyai kebebasan yang sepenuhnya walaupun dia tidak dipenjara atau dikurung
di mana-mana tempat? Adakah pekerjaan, kehidupan – yang paling penting, keinginan
seseorang – akan menghadkan minda seseorang dan menjadi dia lebih serupa sebagai
banduan daripada banduan sebenar? Sila sokong Lakaran Jiwa Merdeka, dan boleh didapati di luar dewan ini dengan
harga istimewa hari ini.
Sekian,
terima kasih.
Link Pembelian: https://goo.gl/rQNpW7
沒有留言:
張貼留言